KEK PISANG
▼
Monday, January 6, 2014
KRIM PUFF
KRIM PUFF
Sumber : Chef Asma - Majalah RASA 2007
Bahan Krim Puff :
Bahan A :
500 ml air/susu segar
200 gm mentega
1/2 tsp garam
1 tsp gula kastor
Bahan B :
250 gm tepung gandum
3/4 tsp baking powder
Bahan C :
6 biji telur gred 'A'
Bahan Inti :
500 ml susu segar
2 biji telur 'B'
100 gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
Cara Penyediaan :
1. Untuk membuat inti : masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
3. Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam krim puff.
4. Untuk membuat krim puff : panaskan kesemua bahan A hingga mendidih.
5. Masukkan bahan B dan kacau hingga tidak melekat di periuk.
6. Biarkan adunan sejuk seketika. Apabila adunan suam, masukkan telur satu demi satu dan putar sebati.
7. Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan picitkan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris. Bakar pada suhu 200'C selama 15-20 minit atau hingga kelihatan keperangan.
8. Apabila masak, sejukkan dan potong. Masukkan inti dan hiaskan ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment