KEK PISANG
▼
Friday, January 24, 2014
PUDING BISKUT
PUDING BISKUT
Oleh : dapur kak yah
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
700 ml air biasa
7 keping biskut cream crackers
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
2 tbsp. oren Sunquick
2 biji telur
2 tbsp. tepung kastad
5 tbsp. gula pasir
1 tsp. esen vanilla
Sedikit garam
Pewarna pilihan (purple & lemon yellow)
Cara Penyediaan :
Masakkan serbuk agar-agar bersama air hingga mendidih. Blenderkan biskut bersama telur, susu cair, susu pekat, oren Sunquick, tepung kastad, gula, esen vanilla dan garam sehingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi. Biarkan mendidih sekali lagi. Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dua bahagian dan biarkan plain satu bahagian.
Basahkan loyang/acuan pilihan kemudian sendukkan adunan warna secara selang-seli dengan yang plain sehingga habis. Bekukan.
Sedap Dan cantik akak tengok zara.... macam nak cuba jer ;)
ReplyDelete