KEK PISANG
▼
Monday, February 17, 2014
MI GORENG MAMAK
MI GORENG MAMAK
Oleh : Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
500 gm mi kuning (dibasuh & tuskan)
200 gm isi ayam (hiris nipis & kecil)
1 keping kek ikan (dihiris)
300 gm sawi hijau (dipotong pendek)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
3 biji telur
2 tbsp kicap pekat
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 tbsp cili kisar
1 tbsp rempah kari daging
Cara membuat :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar, cili kisar dan serbuk rempah kari sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan isi ayam, tutup dan masak selama 5 minit.
3. Masukkan mi kuning, kicap, kek ikan, sawi hijau, telur dan garam (sekiranya perlu). Tutup dan masak selama 5 minit lagi. Gaulkan sekali-sekali hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam pinggan hidang dan sedia dihidangkan dengan hirisan cili hijau dan potongan limau nipis (jika suka).
No comments:
Post a Comment