KEK PISANG
▼
Tuesday, April 1, 2014
BINGKA PANDAN
BINGKA PANDAN
rujukan : yatiememories
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (4 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air & ditapiskan)
2 1/4 cawan santan ( 1 cawan santan pekat selebihnya ditambah air biasa )
2 tbsp. mentega (dicairkan dan disejukkan)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 tsp. garam
Pewarna hijau
Bijan
Cara Penyediaan :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kisarkan sampai sebati kecuali bijan.
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak ke dalam loyang bersaiz 8 inci persegi dan oles rata.
3. Panaskan loyang tersebut ke dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'C menggunakan api atas bawah sampai kuning/garing (anggaran 1 jam 15 minit), kalau nak garing lagi guna api atas dalam 5 minit terakhir. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
No comments:
Post a Comment