KEK PISANG
▼
Sunday, April 13, 2014
KEK MINYAK MARBLE
KEK MINYAK MARBLE
resipi asal : MyResipi/FB
rujukan : lina pg.
Bahan-bahan :
5 biji telur gred 'A/B'
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 tsp. baking powder
1 cawan susu pekat manis
1 tbsp. ovallet
1 cawan minyak masak
1 tsp. esen vanilla
Perisa & pewarna pilihan
Loyang : 9 inci persegi/bulat
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
3. Lenserkan loyang dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
4. Pukul telur bersama gula kastor dan ovallet sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi sekejap saja.
6. Masukkan minyak sambil dipukul lagi (sekadar bergaul rata saja).
7. Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder (diayak dulu). Gaul rata dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Letakkan perisa dan pewarna pilihan.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang-seli ikut kreativiti masing-masing.
9. Bakar selama 45 minit atau hingga masak sepenuhnya menggunakan api atas bawah.
No comments:
Post a Comment