KEK PISANG
▼
Thursday, May 1, 2014
BLUEBERRY CHEEZY LAYER
BLUEBERRY CHEEZY LAYER
sumber dari : cida & syapex kitchen - sangat sedap
Bahan-bahan :
250 gm cream cheese
150 gm susu pekat manis
250 gm dairy whipping cream (UHT)
1 peket biskut marie
1 cawan susu segar
Cawan/gelas secukupnya
Inti : blueberry pie filling secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Pukul cream cheese sehingga kembang kemudian masukkan susu pekat manis, pukul sebati selepas itu masukkan whipping cream. Pukul lagi sekadar sebati saja.
2. Cara melapis : paipkan adunan cream cheese....diikuti filling blueberry...biskut marie (celup didalam susu segar tetapi jangan sampai lembik - sekejap saja)...adunan cheese...filling...biskut marie...adunan cheese akhir sekali..lorekkan filling di atasnya. (untuk lapisan ini boleh buat sebanyak mana yang boleh selagi bekas muat).
3. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. (yield : 4 pcs).
No comments:
Post a Comment