KEK PISANG
▼
Sunday, May 4, 2014
BUTTERMILK PANCAKE
BUTTERMILK PANCAKE
sumber : tiffinbiru
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum *
1 tsp. baking powder *
1/2 tsp. baking soda * ( * satukan, gaul rata & ayak)
1 tbsp. gula halus
1/2 tsp. garam halus
1 cawan buttermilk atau : 1 cawan susu segar + 1 camca besar cuka masakan, biarkan hingga mendadih
4 tbsp. susu segar
2 tbsp. mentega - cair & sejukkan
1/2 tsp. esen vanilla
1 biji telur (saya guna 'B')
Cara-cara :
1. Didalam satu bekas, masukkan bahan-bahan ayak, gula halus dan garam. Kacau rata dengan whisk dan ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, satukan pula buttermilk, susu segar, telur, mentega cair dan esen vanilla. Kacau hingga semuanya sebati. Ketepikan.
3. Sementara itu panaskan kuali non-stick, lenserkan dengan sedikit minyak. Tuangkan bancuhan buttermilk tadi ke dalam campuran tepung, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Cedok 1/4 cawan bancuhan tadi dan tuangkan ke dalam kuali non-stick, ratakan sedikit.
4. Bila pancake kelihatan pucat, terbalikkan dan masak hingga keperangan. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan. Hidangkan dengan buah-buahan segar, mentega, madu jika suka.
No comments:
Post a Comment