KEK PISANG
▼
Friday, May 23, 2014
IKAN SARDIN MASAK SAMBAL
IKAN SARDIN MASAK SAMBAL
Bahan-bahan :
1 tin sardin
3 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 biji cili merah - dihiris
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
Garam & serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan :
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
Asingkan ikan sardin dari sosnya. Masukkan ikan sardin supaya ikan sardin boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan sardin agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.
Akhir sekali, masukkan garam, serbuk perasa secukupnya, cili merah hiris dan asam gelugur. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment