KEK PISANG
▼
Thursday, June 5, 2014
BINGKA PANDAN
BINGKA PANDAN (yatiememories)
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (4 helai daun pandan + 1 cawan air dikisar & ditapis)
2 1/4 cawan santan (atau 1 cawan santan pekat & selebihnya tambahkan air)
2 sudu besar mentega (dicairkan & sejukkan)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan
Loyang : 8 inci atau acuan bunga pecah 8 = 4 keping
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali bijan di dalam blender dan kisarkan sampai sebati.
2. Masukkan dua sudu teh minyak ke dalam loyang dan dioleskan rata.
3. Panaskan loyang di dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'C guna api atas dan bawah sampai kuning dan garing (anggaran 1 jam 15 minit).
No comments:
Post a Comment