KEK PISANG
▼
Saturday, June 14, 2014
BLACK FOREST CHEESE TART
BLACK FOREST CHEESE TART
sumber dari : sariyusa (sangat sedap), tq...
Bahan Pastri :
170 gm marjerin
50 gm gula icing (2 1/2 tbsp)
1 biji telur gred 'B/C'
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp perisa coklat
2 tbsp serbuk koko
270 gm tepung gandum
Inti Blueberry secukupnya dimasukkan ke dalam piping bag
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut. (Kalau doh dah lembut berhenti tambah tepung).
5. Simpan 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekan ke dalam acuan tart. (Tak simpan pun ok).
6. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit. Disebabkan crust shell berwarna coklat, jadi selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust shell, terbalikkan, jika crust shell keluar dari acuan maknanya dah masak. Sebelum crust shell dibakar..cucuk dasarnya dengan garpu.
Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur gred 'B'
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
Putarkan cream cheese dan gula hingga lembut. Masukkan telur dan esen vanilla, putarkan hingga licin. Masukkan ke dalam piping bag.
Susunkan crust shell di atas dulang pembakar. Picit inti blueberry ditengahnya kemudian picit cream cheese di atasnya hingga ke tebing crust shell. Taburkan dengan chocolate rice dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 170'C. (hasil : 66 pcs untuk crust).
No comments:
Post a Comment