KEK PISANG
▼
Wednesday, June 18, 2014
RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
Oleh : Planta & azlitamasam manis ; thanks
Rujukan : koleksi 20 Resipi Planta
Kempen : Seceria Air Tangan Ibu
Bahan-bahan :
120 gm marjerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang (dibakar pada suhu 170'C selama 5 mini)
1 biji kuning telur 'B'
1 tbsp serbuk koko
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tbsp pewarna merah
30 gm coklat cip putih
30 gm coklat cip hitam
Cara-cara :
Mula-mula ayakkan bahan kering. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan. Sementara itu bakar sebentar badam cincang didalam oven pada suhu 170'C selama 5 minit.
Didalam mesin pengadun, satukan marjerin, minyak sapi dan gula kastor, putarkan hingga adunan kembang. Tambahkan telur dan putar sebati. Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata dan sebati. Kemudian tambahkan bahan kering yang telah diayak diikuti dengan badam cincang, 1/2 bahagian coklat cip putih dan coklat cip hitam. Gaulkan adunan hingga rata dan sebati. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki coklat cip putih dan coklat cip hitam.
Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 20 minit.
(yields : 70 pcs sukatan 1 tsp)
thanks adda syuhada..cubalah..sedap & crispy...
ReplyDelete