KEK PISANG
▼
Tuesday, July 22, 2014
BISKUT BEBOLA KRISTAL
BISKUT BEBOLA KRISTAL
buku 'Resipi Biskut & Kek' Chef Hanieliza
Bahan A :
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
Bahan B :
Pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan kertas
Gula kastor halus secukupnya
Cara Membuat :
1. Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan masukkan warna yang berlainan seperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan seperti bebola kecil dan cantumkan tiga warna seperti bebola besar sedikit (anggaran 1/4 sudu kecil setiap bebola kecil & cantumkan).
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180'C selama 20 sehingga 25 minit.
5. Apabila sudah sejuk, gaulkan ke dalam gula kastor halus. Masukkan ke dalam acuan kertas.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
No comments:
Post a Comment