KEK PISANG
▼
Tuesday, July 8, 2014
BISKUT BUNGA DAHLIA
BISKUT BUNGA DAHLIA
buku resipi 'Jamuan Biskut' Chef Zubaidah Che Pa
Bahan A :
160 gm mentega
60 gm gula aising
Bahan B :
1 biji kuning telur 'B'
1/2 tsp esen vanilla
Bahan C :
100 gm tepung jagung
50 gm tepung kastad
150 gm tepung gandum
Hiasan :
pewarna merah dan hijau
ceri merah dan hijau - dipotong kecil-kecil
Cara-cara :
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian warnakan merah dan satu bahagian lagi hijau.
5. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan paipkan bentuk bunga di atas dulang pembakar yang telah digirs. Hiaskan dengan ceri merah/hijau di atas biskut.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
Cantik2 biskut bunga dahlia Zara :)
ReplyDeleteThanks Nur Hayati...
ReplyDelete