KEK PISANG
▼
Wednesday, July 23, 2014
FRUIT TARTLETS
FRUIT TARTLETS
Bahan Pastri :
sumber dari : sariyusa ; thanks
170 gm marjerin
50 gm gula icing ( 2 1/2 sudu besar)
1 biji telur gred 'B/C'
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perisa coklat
2 sudu besar serbuk koko
270 gm tepung gandum
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko dan pukul rata-rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut. Kalau dah lembut berhenti tambah tepung (tidak perlu dihabiskan tepung).
5. Simpan 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekan ke dalam acuan tart. Tak simpan pun ok.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit. Disebabkan kulit shell/crust berwarna coklat, jadi selepas 25 minit cuba keluarkan satu shell/crust, terbalikkan, jika keluar dari acuan maknanya dah masak.
Bahan Kastad :
sumber : Azlita MasamManis ; thanks
1 1/2 tbsp tepung kastad
1 1/2 tbsp gula halus
1 cawan susu segar
1 tsp esen vanilla
1 tbsp mentega
Secubit garam
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan untuk kastad kecuali mentega dan esen vanilla di dalam periuk. Kacau dengan whisk sehingga semua sebati. Masak di atas api kecil sehingga kastad pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit. (tutup dengan plastik wrap untuk mengelakkan permukaan atas kastad mengeras dan simpan di dalam peti sejuk).
Paipkan adunan kastad di dalam tart shell/crust kemudian hiaskan dengan buah-buahan pilihan seperti strawberry/blueberry/anggur/kiwi dll.
No comments:
Post a Comment