KEK PISANG
▼
Tuesday, July 1, 2014
IFTAR - 3
ROTI JALA & SERAWA DURIAN
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Roti Jala :
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar
sedikit pewarna pilihan
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan di atas di dalam mesin pengisar dan kiasarkan hingga sebati. Sedia untuk menjalakan menggunakan kuali non-stick. Lepas di jala dalam beberapa saat, angkat dan gulung. Buat hingga habis kesemua adunan.
Serawa Durian :
10 ulas isi durian
500 ml santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1/4 cawan gula *
1/4 cawan gula melaka (dihiris terlebih dahulu & disukat) * (ikut kemanisan sendiri)
3 helai daun pandan (disimpul)
sedikit garam
sedikit air (jika perlu)
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan renehkan sehingga mendidih. Jika kuah terlalu pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air. Sentiasalah dikacau agar santan tidak berketul-ketul. Bila telah pekat dan isi durian telah terlerai, matikan api.
Hidangkan bersama roti jala.
No comments:
Post a Comment