KEK PISANG
▼
Monday, July 14, 2014
NASI TOMATO
NASI TOMATO
sumber dari : DapurTanpaSempadan; thanks
Bahan-bahan :
3 cawan beras basmathi (dicuci & rendam 30 minit ; toskan)
1 tbsp pes tomato (tomato puree)
2 tbsp sos tomato
2 tbsp minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dititik
1 helai daun pandan - disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu sejat IDEAL
Garam secukup rasa
Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Bahan Hiasan :
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng, kismis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Tumis sehingga harum. Tambahkan sos tomato, tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan gorengkan selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
2. Masukkan/alihkan ke dalam rice cooker, tuangkan air dan susu sejat. Tambahkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa sehingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng di atas nasi. Biarkan sehingga nasi betul-betul masak.
3. Matikan suis periuk nasi (untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak) kemudian gemburkan dengan chopstick atau garfu dengan perlahan-lahan agar nasi tidak patah. Taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan dengan lauk pilihan.
No comments:
Post a Comment