KEK PISANG
▼
Monday, July 14, 2014
SOSEJ SOS LADA HITAM
SOSEJ SOS LADA HITAM
buku '101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib' - Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
6 batang sosej ayam lada hitam
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1/2 cawan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam (dikisar kasar)
1/2 biji capsicum kuning (dihiris memanjang)
1/2 cawan air
1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
1/2 batang carrot (dihiris memanjang)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana. Masukkan sosej dan tutup pemanggang ajaib. Goreng sosej selama 4 minit.
2. Terbalikkan pemanggang dan goreng lagi selama 4 minit.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, sos lada hitam, lada hitam, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Tutup semula pemanggang dan masak selama 5 minit.
5. Tutup api dan masukkan capsicum kuning dan daun bawang, kemudian kacau lagi.
6. Hidangkan.
Assalam...baru bercadang nk masak sosej lada hitam nih..
ReplyDeleteAssalam..masak lah..memang sedapp..
ReplyDelete