KEK PISANG
▼
Monday, August 25, 2014
CREAM PUFF COKLAT
CREAM PUFF COKLAT
sumber : QaseyHoney; thanks
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji telur A/B
Cara Penyediaan :
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan campuran tepung sekaligus dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paipkan di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment/kertas minyak yang digris.
6. Bakar selama 25 minit pada suhu 200'C. Sejukkan.
7. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan inti kastad. (atau boleh juga dipaipkan dengan coklat ganache atau nutella).
Coklat Ganache :
100 ml double cream/whipping cream
250 gm coklat masakan - dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.
Bahan Inti Kastad : Majalah SAJI Nov. 2012 (Chef Kamarul)
500 ml susu segar
1 biji telur
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
100 gm gula kastor
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Campurkan dan gaul sebati telur, gula kastor, tepung kastad, tepung jagung dan esen vanilla. Kemudian tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak sehingga likat. Sejukkan. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam creme puff.
No comments:
Post a Comment