KEK PISANG
▼
Saturday, August 16, 2014
KEK COKLAT KUKUS
KEK COKLAT KUKUS
sumber dari : K.Nor@SecubitGaram & Hanieliza, thanks...
Bahan A :
220 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda bicarbonate
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang
Bahan B :
2 biji telur gred 'A'
1 tsp esen vanilla
Bahan C :
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 ml air panas
Cara-cara :
1. Gaulkan kesemua bahan A di dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul bahan B di dalam bekas berasingan kemudian masukkan ke dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A. Kacau rata dan sebati.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang 8" x 8" dengan kertas minyak.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
6. Bila dah masak hiaskan dengan krim coklat.
Chocolate Ganache :
300 gm coklat masakan (potong kecil)
1 tbsp susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 tbsp butter
1/4 cawan air panas
Cara-cara :
Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau lagi hingga coklat cair. Tutup api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga butter cair. Curahkan 1/2 dari ganache ke atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. Biarkan lebih kurang 15-30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Nota/Tips :
1...memang agak banyak ganache yang dihasilkan sebab nak kena siram 2 kali atas kek untuk menghasilkan kek yang super moist.
2...bila menggunakan bekas kecil (dadih) masa kukus : 30-35 minit dengan api sederhana supaya kek tidak naik membumbung atau supaya kek tidak merekah.
3...tutup bekas plastik dengan penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
4...bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dengan membuat ganache.
5...untuk bekas kecil : isikan 1/2 di dalam bekas..
No comments:
Post a Comment