KEK PISANG
▼
Friday, August 8, 2014
PUDING ROTI BERKUAH
PUDING ROTI BERKUAH
rujukan : Majalah SAJI September 2013
Bahan-bahan :
7 keping roti (dipotong dadu kecil)
1 cawan susu segar
2 biji telur
4 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega - dicairkan
80 gm kismis hitam
Sedikit ceri merah & hijau (jika suka)
Sedikit chocolate chip (jika suka)
Bahan Kastad :
1 tin susu cair
1/4 tin air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara Menyediakan :
1. Satukan susu segar, gula, esen vanilla dan telur. Gaul sebati. Masukkan roti yang telah dipotong kecil. Rendam sebentar. Masukkan kismis dan juga mentega cair. Gaul sebati lagi.
2. Sapukan loyang dengan mentega. Tuangkan adunan ke dalamnya, taburkan dengan sedikit hirisan ceri merah dan hijau serta chocolate chip (jika suka).
3. Bakar pada suhu 170'C selama 35 minit atau hingga keperangan. Sejukkan.
4. Untuk menyediakan kastad pula : satukan kesemua bahan kastard dan masak di atas api sederhana sehingga pekat dan sebati. Sejukkan. Hidangkan puding roti bersama kuah kastard.
slmat hari raya zarah, terasa nak buat pula bila tengok puding yg sdp tu
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak ucapkan pada Ruby sekeluarga..cubalah buat puding ni..sedapp..
ReplyDelete