KEK PISANG
▼
Monday, August 4, 2014
TAT TELUR
TAT TELUR
oleh : zaralovebaking
Bahan Kulit :
170 gm marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur gred B
1/2 tsp esen vanilla
270 gm tepung gandum
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi dengan senduk kayu sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. (Tidak perlu dihabiskan tepung).
4. Simpan 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekankan ke dalam acuan tat. (Tak simpan di peti sejuk pun ok). Cucuk-cucuk dasar tat sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit. Keluarkan tat dari acuan, sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Kulit tat ini boleh digunakan bila perlu.
Bahan Filling Telur :
4 biji telur gred A/B
3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung kastad
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
2. Kacaukan sebati dan ditapiskan.
3. Tuangkan filling telur ini ke dalam bahan kulit. Jangan terlebih filling telur nanti melimpah ketika dibakar.
4. Bakar pada suhu 170'C selama 18-20 minit.
No comments:
Post a Comment