KEK PISANG
▼
Saturday, September 6, 2014
APAM GULA HANGUS
APAM GULA HANGUS
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Gula Hangus :
1 cawan gula pasir *
1 cawan air panas * (* dibuatkan gula hangus)
2 biji telur 'B'
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/mentega
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara Penyediaan :
1. Masak gula pasir dengan api kecil sehingga cair berwarna coklat kemudian di tuangkan air panas. Sejukkan.
2. Di dalam blender, masukkan telur, susu pekat manis, minyak masak dan marjerin/mentega. Kisarkan anggaran 3 minit.
3. Masukkan air gula hangus yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan dikisarkan lagi sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang dilengser dengan sedikit minyak dan kukus selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
6. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
INFO : sekiranya adunan cair tambahkan sedikit tepung gandum agar apam tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya setelah masak....
No comments:
Post a Comment