KEK PISANG
▼
Thursday, September 11, 2014
DORAYAKI (Japanese Pancake)!!!
DORAYAKI (Japanese Pancake)
sumber : airtangansuzie ; thanks...
Bahan-bahan :
100 gm tepung gandum (1 cawan)
1/2 tsp soda bikarbonat
60 gm gula halus (1/2 cawan)
2 tbsp madu
2 biji telur 'B'
1/2 tbsp minyak masak
1/2 tsp esen vanilla
3 tbsp susu segar/susu cair/air
Inti ikut pilihan : kacang merah, Nutella atau jem pilihan
Cara Penyediaan :
1. Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula halus sehingga kembang (boleh juga menggunakan blender untuk part ini).
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah di ayak ke dalam capuran telur. Masukkan juga susu segar. Kacau adunan secara kaup balik sehingga sebati. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Panaskan kuali non-stick dengan api kecil, masukkan 1 senduk adunan, biarkan sehingga naik gelembung dan agak kuning. Terbalikkan.
5. Bila bahagian bawah telah masak, angkat dari kuali. Buat sehingga kesemua adunan habis.
6. Sejukkan kuih dorayaki yang telah dimasak dan isikan dengan inti kacang merah, Nutella atau jem pilihan.
No comments:
Post a Comment