KEK PISANG
▼
Tuesday, September 23, 2014
KUIH LAPIS YATIEMEMORIES
KUIH LAPIS
sumber : yatiememories ; thanks... (sedap & lembut)
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Pewarna & perisa ikut pilihan
Cara Penyediaan :
1. Satukan kedua-dua jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan dan tapis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Masukkan sedikit pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam 1 bahagian dan 1 bahagian lagi warnakan dengan sedikit pewarna merah.
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
5. Masukkan 1 sudu kecil adunan merah dan kukuskan selama 3 minit/sehingga keras sedikit.
6. Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan hijau dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sedikit dan diikuti dengan adunan seterusnya.
7. Lakukan berselang-seli sehingga habis. (** bagi adunan terakhir, balutkan tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 10 minit).
8. Setelah masak, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan.
(menghasilkan : 26 keping), sederhana manis...
rajin zara buat dlm acuan kecil2, cntik pula tu
ReplyDelete