KEK PISANG
▼
Wednesday, September 17, 2014
PUDING ROTI PELANGI
PUDING ROTI PELANGI
sumber dari : Syapex Kitchen ; thanks...
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
500 ml air biasa
1 biji telur gred B
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan Sunquick
1 sudu kecil pes lemon
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna : merah, ungu, biru & kuning
Loyang : 8 inci persegi dibasahkan terlebih dulu
Cara-cara :
1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sehingga larut.
2. Dengan menggunakan blender, kisarkan roti, telur, susu cair dan susu pekat manis sehingga sebati.
3. Tuangkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam periuk agar-agar dan terus memasak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih.
4. Masukkan Sunquick dan esen vanilla. Biarkan masak seketika.
5. Tutup api dan masukkan pes lemon. Kacar rata.
6. Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan.
7. Baki adunan yang tidak berwarna dituangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dulu dengan air. Ketepikan seketika.
8. Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan di atas puding di dalam loyang tadi secara berselang-seli diantara satu warna dengan warna yang lain. Buatkan sehingga habis kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment