KEK PISANG
▼
Tuesday, October 7, 2014
CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
sumber : citarasawan ; thanks....
310 gm mentega
160 gm serbuk koko
350 gm gula kastor
2 tsp esen vanilla
5 biji telur 'B' (dipukul ringan)
200 gm tepung gandum *
1/2 tsp baking powder * ( * diayak bersama )
1 cawan chocolate chip (digaul dengan sedikit tepung)
Hiasan : hirisan badam secukupnya (almond flakes)
Loyang : 10" x 10", digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper
Cara Penyediaan :
1. Cairkan mentega di dalam periuk kemudian masukkan serbuk koko dan gaul sehingga rata dan sebati.
2. Masukkan gula, esen vanilla dan telur, gaulkan sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaupbalik sehingga bergaul rata. Masukkan chocolate chips dan gaul rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang, ratakan dan taburkan dengan hirisan badam di atasnya.
5. Bakar pada suhu 160'C selama 30-40 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment