KEK PISANG
▼
Wednesday, October 1, 2014
KEK BUAH KUKUS
KEK BUAH KUKUS
sumber dari : KelasBakeri.com/FB ; thanks (sangat sedap)
Bahan-bahan :
375 gm buah-buahan campuran (mix fruit)
250 gm mentega
300 gm tepung gandum *
1 tsp soda bikarbonat *
1 tsp cream of tartar * ( * disatukan & diayak )
3 biji telur gred 'A'
150 gm gula kastor/gula perang (saya guna gula perang)
150 gm gula pasir (untuk buat gula hangus)
1/4 cawan badam keping (almond flakes - panggang sekejap)
1 biji buah pala (diparut)
Loyang : 8 inci - digris & dialas dengan baking paper
Cara Penyediaan :
1. Didihkan air di dalam kukusan. Lenser tin bersaiz 8"x8"x3" dengan sedikit mentega, alaskan dasar tin dengan kertas minyak, lenserkan juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Tepung gandum digaulkan bersama cream of tartar, soda bikarbonat dan diayak. Parutkan biji pala dan gaul rata dan sebati.
3. Masukkan buah-buahan campuran dan badam keping ke dalam tepung, gaulkan rata. (Ini bertujuan mengelakkan buah-buahan tadi mendap dan tidak berterabur). Ketepikan.
4. Putar mentega bersama gula halus sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga gebu.
5. Masukkan tepung bersama buah-buahan campuran tadi, gaul sehingga rata dan matikan mixer.
6. Masak gula pasir dengan api sederhana sehingga menjadi karamel. Tuangkan ke dalam adunan kek tadi dan 'on-kan' mixer kembali, putar rata. (Berhati-hati ketika menuang air gula hangus kerana ianya panas dan merbahaya).
7. Alihkan adunan ke dalam tin kemudian tutupkan dengan aluminium foil dengan kemas. Kukus selama 4 jam. Bila masak, keluarkan kek dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong supaya kek tidak pecah.
No comments:
Post a Comment