KEK PISANG
▼
Friday, October 17, 2014
NASI LEMAK UTARA
NASI LEMAK UTARA
cookbook : Senangnya Memasak Nasi - Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
3 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan)
1 inci halia - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 helai daun pandan - disimpul
2 cawan air
1 1/2 cawan santan
1 sudu makan halba
1 batang serai - dititik
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan marjerin di dalam periuk. Tumiskan halia, bawang merah dan daun pandan sehingga layu.
3. Masukkan air dan santan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Masukkan beras, halba, serai, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan tutup api.
5. Alih kan periuk ke dalam Rice Cooker. Masakkan seperti nasi lemak biasa.
6. Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstick/garfu. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
7. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis ataupun sambal sotong, timun, telur rebus dan ikan bilis goreng.
No comments:
Post a Comment