KEK PISANG
▼
Saturday, November 1, 2014
CEKODOK PISANG
CEKODOK PISANG
sumber dari : DapurTanpaSempadan dll ; thanks..sedap & gebu
tested by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
8 biji pisang emas atau 3 biji pisang montel
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar gula perang atau 1/3 sudu besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam halus
1/8 sudu teh baking powder
1 biji telur 'A/B'
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Kupas pisang, lecekkan bersama gula, garam dan soda bikarbonat sehingga hancur. Masukkan tepung gandum, baking powder, telur dan gaulkan sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari di dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak sangat sebab ianya akan mengembang.
3. Gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama kopi atau teh panas.
No comments:
Post a Comment