KEK PISANG
▼
Tuesday, November 11, 2014
MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP - CMG
MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by : zaralovebaking.blogspot.com ; sedap & gebuss...
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh baking soda * ( * digaul rata & diayak bersama )
5 biji pisang emas ; dilecek hancur
1/2 cawan gula perang
1 biji telur gred 'A'
1/3 cawan susu segar
100 gm mentega ; dicairkan & disejukkan
1/4 cawan chocolate chip
Beberapa titik esen pisang atau esen vanilla
Badam keping untuk hiasan
Sedikit lagi chocolate chip untuk hiasan
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C ; alaskan acuan muffin dengan paperliner/ papercup jenis keras.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu segar. Kacau rata dengan whisk sehingga sebati dan gula larut.
3. Tambahkan pisang lecek dan mentega cair. Kacau sehingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambahkan esen pisang/esen vanilla. Masukkan 1/4 chocolate chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Taburkan dengan sedikit chocolate chip dan badam keping di atasnya. Buat sehingga siap.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau sehingga keemasan.
( yields : 18 pcs ).
No comments:
Post a Comment