KEK PISANG
▼
Sunday, November 9, 2014
PINK PAVLOVA
PINK PAVLOVA
resipi asal : Anna Olson - Foodnetwork.ca
sumber : Citarasawan ; thanks...
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 biji putih telur A/B
1 sudu teh cream of tartar
1 cawan gula kastor
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan
20 gm serbuk strawberry ice blended (boleh beli di bakeri 'Yummie')
Sedikit pewarna pink
Bahan Cream :
1 cawan UHT whipping cream
2 sudu besar gula aising
Hiasan : Buah-buahan segar pilihan - strawberry, berries, kiwi, peach dll..
Cara Penyediaan :
1. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula kastor dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kental.
2. Perlahankan mixer, masukkan tepung jagung, serbuk strawberry, pewarna dan cuka masakan, pukul sebentar sehingga rata.
3. Buatkan lakaran bulat 10 inci di atas kertas parchment/baking paper. Sudukan adunan tadi dan ratakan memenuhi lakaran tadi.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 120'C selama 30-40 minit. Tutupkan api dan biarkan pavlova di dalam oven selama 20 minit.
5. Untuk menhidangkan pavlova : pukul whipping cream sehingga pekat kemudian masukkan gula aising dan gaulkan rata.
6. Paipkan cream ke atas pavlova dan taburkan dengan hirisan buah-buahan segar.
No comments:
Post a Comment