KEK PISANG
▼
Monday, December 1, 2014
CHICKEN CHOP LADA HITAM
CHICKEN CHOP LADA HITAM
resipi asal : Chef Hanieliza ; thanks..sedap!!
Bahan A :
2 ketul paha ayam
4 sudu makan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk lada putih
1 cawan minyak masak
Bahan B : (Untuk Sos Lada Hitam)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan lada hitam kasar
1 sudu makan sos tomato (tak letak)
1 biji tomato masak ranum (dipotong dadu)
4 biji cendawan butang (dihiris - tambahan)
1 sudu makan kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara Membuat :
1. Bersihkan dan buang tulang ayam daripada daging paha.
2. Perap paha ayam dengan serbuk lada putih beberapa jam. (anggaran 1 jam atau lebih ikut suka).
3. Salutkan ayam dengan tepung serbaguna.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak.
5. Susunkan semua bahan di dalam pinggan dan siramkan dengan sos lada hitam.
Cara Membuat Sos Lada Hitam :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum.
2. Masukkan air rebusan tulang ayam diikuti dengan tomato dan cendawan butang. Biarkan seketika.
3. Apabila sudah pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan bancuhan tepung jagung.
4. Kacau hingga sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang dikehendaki. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Hidangkan dengan chicken chop.
No comments:
Post a Comment