IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
sumber : bidanbersalin; thanks...
Bahan-bahan :
1 keping ikan tenggiri
4 cm halia (dihiris & digoreng)
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara Memasak :
Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata. Angkat dan letakkan di dalam piring/pinggan. Taburkan halia goreng tadi di atasnya. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment