KEK PISANG
▼
Thursday, December 18, 2014
SUP AYAM JINTAN PUTIH
SUP AYAM JINTAN PUTIH
sumber dari : Paty'sKitchen ; thank...
tried & tested : zaralovebaking ; (sedap sangat)....
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong dadu besar
2 biji ubi kentang dibelah 4
Sedikit daun bawang & daun sup dihiris
Bawang goreng
Garam & kiub pati ayam secukup rasa
Bahan Rempah Sup :
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar serbuk jintan putih
(* kesemua bahan rempah sup ditumbuk sehingga halus dan digaul semua bahan hingga sebati).
Bahan untuk dimasukkan ke dalam sup :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 sup bunjut
Cara Memasak :
1. Rebuskan ayam dan ubi kentang bersama 1 litre air sehingga kedua-duanya agak empuk.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk bersama dengan rempah kering.
3. Masukkan garam dan sedikit kiub pati ayam.
4. Bila ayam dan ubi kentang empuk, masukkan lobak merah dan biarkan seketika sehingga lobak empuk.
5. Angkat, hidangkan bersama dengan taburan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sedapnya sup ayam... terliur kita tengok pagi2 ni :)
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada..cubalah..
ReplyDelete