KEK PISANG
▼
Saturday, January 3, 2015
KEK CAWAN NUTELLA
KEK CAWAN NUTELLA
sumber : Majalah Aroma Jun 2012
tried by : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
180 gm mentega
100 gm gula kastor
3 biji telur (A/B)
1 sudu kecil esen vanilla
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
30 ml susu segar
Nutella secukupnya
Papercup secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Susunkan papercup di dalam loyang muffin. Ketepikan.
3. Ayakkan tepung dan baking powder. Ketepikan.
4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
5. Masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi sehingga sebati.
6. Masukkan esen vanilla dan teruskan memukul.
7. Masukkan tepung dan susu secara berselang-seli ke dalam adunan dan kaup balik menggunakan spatula. Masukkan adunan ke dalam papercup 3/4 penuh.
8. Masukkan Nutella ke dalam piping bag dan paipkan Nutella di atas adunan secara lingkaran ubat nyamuk.
9. Bakar di dalam oven selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak sepenuhnya.
10. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.
(yields : 21 pcs)
No comments:
Post a Comment