KEK PISANG
▼
Saturday, February 7, 2015
CREME PUFF COKLAT
CREME PUFF COKLAT
sumber dari : QaseyHoney, Resipi Masakan dll; thanks...
tried by : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum *
2 sudu besar serbuk koko * (* di ayak bersama)
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam (125 gm)
4 biji telur saiz 'L'
Cara-cara :
1. Panaskan air, garam, gula dan mentega sehingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan campuran tepung sekaligus dan kacau sehingga sebati. Biarkan adunan suam sedikit.
3. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil dipukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaip.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paipkan di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak yang telah digris dengan sedikit mentega.
5. Bakar selama 25 minit pada suhu 210'C. Sejukkan.
6. Potongkan creme puff di bahagian tengah, paipkan dengan chocolate ganache.
Chocolate Ganache :
100 ml whipping cream/double cream
250 gm coklat masakan dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
Double boil whipping cream jangan sampai mendidih, tambahkan coklat, esen vanilla, golden syrup dan sedikit garam, kacau rata dan sebati. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan pada suhu bilik.
Kastad Vanilla (CMG) :
2/3 cawan susu segar
1 sudu besar penuh tepung kastad
1 sudu besar penuh gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil mentega
Secubit garam
Cara-cara :
Satukan gula, garam dan tepung kastad di dalam periuk. Gaul rata dan sebati. Tuangkan susu, kacau sebati. Masak di atas api sederhana sehingga menjadi kental/pekat. Tutup api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biarkan sejuk sehingga boleh dipaip. (Letakkan plastic wrap di atas kastad agar permukaannya tidak berkerak akibat terkena udara. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan).
No comments:
Post a Comment