KEK PISANG
▼
Thursday, February 19, 2015
DAGING MASAK KICAP
DAGING MASAK KICAP
sumber dari : RosJintanManis; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
500 gm daging batang pinang (dihiris atau dipotong dadu kecil)
1 biji ubi kentang (dihiris & digoreng sehingga empuk)
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 ulas bawang putih
2 sudu makan cili kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Sedikit minyak masak
1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
Cara Memasak :
1. Mula-mula kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga hancur. (boleh juga dihiris). Panaskan sedikit minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang kemudian curahkan bahan kisar tadi dan lada kisar, tumiskan sehingga naik bau dan agak garing.
2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat. Selepas itu masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam. Masakkan daging sehingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika daging belum empuk bolehlah ditambahkan sedikit air lagi. Akhir sekali masukkan ubi kentang yang digoreng tadi, bawang besar yang dihiris kasar dan kacau sebati sehingga bawang agak layu. Angkat & hidangkan.
No comments:
Post a Comment