KEK PISANG
▼
Monday, February 2, 2015
PUDING PANAS EPAL
PUDING PANAS EPAL
rujukan : Majalah Sedap Bil.59 Mei 2013; sangat sedap...
tried by : zaralovebaking ...
Bahan-bahan :
150 gm epal merah, dipotong dadu (saya guna epal hijau jer)
75 gm gula pasir
50 ml air
Bahan Puding :
300 ml susu cair
1/2 sudu makan tepung jagung
3 biji telur 'B'
1/4 sudu teh garam
75 gm gula pasir
Cara Membuat :
1. Lapisan Bawah : goreng gula pasir tanpa minyak. Tuangkan air. Kacau sehingga gula larut. Masukkan epal. Kacau rata. Angkat.
2. Tuangkan 2 sudu makan epal tadi di dalam mangkuk tahan panas bulat kecil yang telah disapu sedikit marjerin. Ketepikan.
3. Bahan Puding : campurkan susu cair dengan tepung jagung. Ketepikan. Pukul ringan telur, garam dan gula pasir. Masukkan larutan susu cair dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
4. Kemudian tuangkan di atas epal. Letakkan di loyang yang diisikan dengan sedikit air (steam bath). Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 150'C selama 60 minit sehingga masak.
INFO : rasanya seakan puding karamel..sangat sedap..
(anggaran : 4 orang)
No comments:
Post a Comment