KEK PISANG
▼
Thursday, February 5, 2015
SAMBAL UDANG MASAK 3 RASA
SAMBAL UDANG MASAK 3 RASA
sumber dari : yatiememories; thanks...
tried by : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
1 kilo udang sederhana besar
1 sudu makan sos ikan/nampla
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 keping nenas dalam tin (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 batang timun (dipotong dadu)
1 batang serai (di titik)
Daun sup/daun bawang - dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan cili kisar
Cara Memasak :
1. Udang dipotong muncungnya, dicuci bersih dan toskan. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sekejap saja. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumiskan bahan kisar berserta dengan serai sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, sos tiram dan gaul rata.
3. Masukkan sedikit air. Masukkan nenas, tomato dan timun. Gaul rata.
4. Masukkan sedikit garam dan gula. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
5. Perasaan, sekiranya sudah cukup masam manisnya, bolehlah tutup api. Angkat dan hidangkan bersama dengan taburan daun sup/daun bawang....
No comments:
Post a Comment