KEK PISANG
▼
Thursday, February 19, 2015
TAUHU MASAK KICAP
TAUHU MASAK KICAP
Oleh : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
3 keping tauhu (dipotong 6 & digoreng)
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1/2 inci halia *
1 biji cili merah *
4 biji cendawan buang * (kesemua bahan bertanda * dihiris)
10 ekor udang segar saiz sederhana (dikupas kulit)
1 camca besar sos tiram
Kicap pekat & manis secukupnya
Sedikit daun kucai - dihiris
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, cili merah dan halia sehingga naik bau. Masukkan udang dan cendawan butang, gaul sebati. Masukkan sos tiram, kicap pekat & manis secukupnya, kacau sebati. Masukkan sedikit air jika perlu. Akhir sekali masukkan tauhu yang digoreng tadi dan bawang besar hiris. Bila bawang besar telah kelihatan sedikit layu.....taburkan daun kucai. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment