KEK PISANG
▼
Friday, March 20, 2015
KEK PISANG WALNUT KUKUS
KEK PISANG WALNUT KUKUS
sumber : Majalah AROMA April 2015
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A/B
1 cawan gula halus/gula kastor
1 cawan minyak masak/minyak jagung
1 cawan pisang - di lenyek
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan walnut - dicincang kasar
2 sudu besar chocolate rice
Cara Penyediaan :
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan tepung, minyak, pisang lenyek, soda bikarbonat dan baking powder, pukul sebati.
3. Masukkan pula walnut cincang dan chocolate rice. Kaup balik sekadar adunan bercampur sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci/9 inci (bulat/persegi) dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. (Loyang hendaklah digris terlebih dahulu dengan sedikit minyak).
5. Bila kek telah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan.
Nota : untuk acuan kecil-kecil, kukus selama 20 minit dengan api sederhana
No comments:
Post a Comment