KEK PISANG
▼
Saturday, March 7, 2015
PUDING ROTI KUKUS DENGAN RASPBERRY JELLY
PUDING ROTI KUKUS DENGAN
RASPBERRY JELLY
sumber dari : Mamadee's Kitchen ; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan Puding Roti :
3 keping roti sandwich
1 1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula
1 biji telur 'A/B'
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Carik-carikkan roti dan rendam di dalam susu sebentar.
3. Kemudian masukkan roti dan susu, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sehingga hancur.
4. Masukkan ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 18 minit untuk bekas kecil dan untuk loyang anggaran 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5. Setelah masak, keluarkan dari periuk kukusan. Sejukkan sepenuhnya.
Bahan-bahan Jelly :
1 kotak Jelly Raspberry jenama Nona
400 ml air (ikut sukatan air di kotak)
Cara-cara :
1. Panaskan air di dalam periuk.
2. Campurkan serbuk jelly di dalam air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Curahkan jelly ke atas puding roti yang telah disejukkan tadi.
Tips : boleh juga di susun/letak buah-buahan pilihan di atas puding roti barulah dicurahkan jelly di atasnya..
No comments:
Post a Comment