KEK PISANG
▼
Friday, March 27, 2015
TEPUNG PELITA
TEPUNG PELITA
sumber : CendanaKasih; thanks...
tried by : zaralovebaking; (sedap)(yields : 10 cups)...
Bahan Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras cap Teratai
3 helai daun pandan*
4 cawan air* (* dikisar bersama, ditapis & diambil jusnya)
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh air kapur cair
Bahan Lapisan Putih :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
Bahan lain :
bekas plastik kecil
gula pasir secukupnya
Cara-cara :
Gaulkan sebati bahan lapisan hijau. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat. Ketepikan.
Untuk bahagian lapisan putih juga sama. Sebatikan kesemua bahan lapisan putih dan kacau di atas api sederhana sehingga pekat. Ambil satu bekas plastik, masukkan 1 sudu kecil gula pasir. Kemudian tuangkan 2 sudu besar adunan hijau, ratakan. Diikuti dengan 2 sudu besar adunan putih. Ratakan dan buat sampai kedua-dua adunan hijau dan putih habis. Kemudian kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Nota : Tujuan mengukus kuih ini ialah agar gula yang ditabur pada dasar acuan tadi cair, nanti akan dapat kuih yang berair pada bahagian bawahnya. Dan selain itu ialah untuk satukan dua lapisan kuih dan permukaan atas kuih menjadi licin dan cantik setelah dikukus.
No comments:
Post a Comment