KEK PISANG
▼
Sunday, April 19, 2015
NASI MINYAK PANDAN
NASI MINYAK PANDAN
resipi : Potret Kasih
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan minyak sapi
1/2 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
4 biji bawang merah - dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 kiub pati ayam
1 sudu makan garam
Bawang goreng (hiasan)
Daun ketumbar - dihiris (hiasan)
Sedikit pewarna hijau
Cara Memasak :
1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan 1 cawan air ke dalam beras tadi dan rendamkan seketika (anggaran 30 minit).
2. Daun pandan dikisarkan bersama secawan air, tapiskan dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan bahan hiris, kiub pati ayam, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air ke dalam tumisan.
5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.
6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.
7. Tekankan ON pada rice cooker dan masaklah nasi seperti biasa.
8. Bila nasi hampir kering, titiskan pewarna hijau ke atas nasi. Kemudian tutupkan periuk nasi dan teruskan memasak nasi sehingga masak.
9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment