KEK PISANG
▼
Tuesday, April 7, 2015
PUDING KASTARD JAGUNG
PUDING KASTARD JAGUNG
sumber dari : Azie Kitchen & Dapur CT; thanks...
tried by : zaralovebaking; (lembut & sedap)...
Bahan Untuk Puding :
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis dalam tin
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair atau santan
Bahan Tambahan :
1 cawan buah-buahan campuran dalam tin (jika suka)
Cara-cara :
Letakkan buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil-kecil, ketepikan seketika, jika mahu membuat Puding Kastard Jagung Berkoktel.
Campurkan kesemua bahan untuk puding ke dalam kuali/periuk dan kacau mesra. Kemudian letakkan di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus sehingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi. Tunggu sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti sejuk/ais.
No comments:
Post a Comment