KEK PISANG
▼
Wednesday, June 3, 2015
MANGO CHEESE CAKE
MANGO CHEESECAKE
sumber : mybakingworkshop ; thanks...
tried by : zaralovebaking...(sedap & yummy)
Bahan Base :
160 gm biskut Marie , dihancurkan (saya guna biskut oreo yang dihancurkan)
20 gm gula perang/brown sugar
100 gm mentega , dicairkan
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan base dan tekankan di dalam loyang springform bersaiz 8 inci bulat yang telah digris dengan sedikit mentega.
2. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 160'C. Biarkan sejuk.
Bahan Filling :
(A) : 500 gm cream cheese
130 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
(B) : 1 tbsp jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
150 isi mangga
(C) : 3 biji telur gred 'A'
(D) : 150 gm UHT Whipping Cream
Mango topping :
(A) : 1 1/2 tbsp serbuk gelatin halal
60 gm air suam
(B) : 1 biji isi mangga
50 gm gula kastor
80 gm air
Cara membuat filling :
1. Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.
2. Satukan bahan B di dalam blender. Kisar hingga halus. Masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan C satu persatu. Pukul sebati.
4. Kemudian, masukkan D dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi base tadi.
5. Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160'C guna api bawah sahaja.
6. Biarkan kek sejuk sepenuhnya baru disimpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
Cara membuat mango topping :
1. Satukan bahan A, biarkan selama 5 minit. Kemudian, double boilkan sehingga larut sepenuhnya. Ketepikan seketika.
2. Satukan semua bahan B dan kisar hingga halus. Letakkan di dalam mangkuk. Masukkan larutan gelatin tadi, gaul rata guna hand whisk.
3. Keluarkan kek dari peti sejuk. Tuangkan mango topping di atasnya. Sejukkan semula sehingga topping mengeras barulah dipotong untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment