KEK PISANG
▼
Saturday, June 6, 2015
PAI TUNA
PAI TUNA
sumber : buku resipi Chef Noraini Zakaria
tested by : zaralovebaking ; ....
Bahan Pastri :
450 gm tepung gandum - diayak
250 gm mentega
1 biji telur gred B
2 sudu besar air
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
Inti Tuna :
1 tin kecil kepingan tuna (tuna flake) - dilecek
100 gm keju cheddar
1/2 batang lobak merah - disagat kasar/halus (tambahan)
1 tangkai cili merah atau cili benggala - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
5 biji cendawan butang - dihiris
100 ml susu segar UHT (dalam kotak)
1 biji telur gred B
1 sudu besar tepung jagung
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Pastri : Satukan mentega, gula dan garam. Putar sehingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Putar pada kelajuan perlahan sehingga menjadi doh.
2. Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit. (Sebelum dibakar, cucukkan dasar doh dengan garfu untuk mengelakkan ia menggelembung).
3. Inti : Ratakan ikan tuna di atas kulit pastri yang telah dibakar tadi. Taburkan cili merah/benggala, keju cheddar, lobak merah sagat, cendawan butang dan bawang besar. Ketepikan seketika. Sementara itu, satukan susu, tepung jagung, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas. Kacau rata dan tuangkan di atas inti tadi.
4. Bakar pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi sehingga keperangan atau sehingga masak sepenuhnya. Enak dihidangkan bersama sos cili, sos tomato dan mayones.
No comments:
Post a Comment