KEK PISANG
▼
Friday, June 12, 2015
PLAIN VANILLA MUFFIN
PLAIN VANILLA MUFFIN
sumber dari : DapurTanpaSempadan ; thanks (yields : 11 pcs)
Bahan-bahan :
250 gm mentega
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar atau susu cair
1/2 tbsp esen vanilla
kepingan badam *
strawberry jem * (* optional)
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Aturkan papercups di dalam tin muffin.
2. Putar mentega dan gula sehingga putih, masukkan telur satu demi satu sambil terus diputar sehingga kembang.
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu sehingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam papercup. Taburkan kepingan badam dan bakar selama 25 minit atau sehingga kuning keemasan.
4. Untuk strawberry muffin : sudukan 1/2 camca teh strawberry jem, taburkan badam keping dan bakar sehingga masak.
No comments:
Post a Comment