KEK PISANG
▼
Wednesday, June 10, 2015
SAMBAL KICAP AYAM
SAMBAL KICAP AYAM
sumber : buku resipi Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
500 gm ayam
6 biji cendawan butang (dihiris)
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam (sekiranya perlu)
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam, cendawan butang dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan sos tomato dan kicap.
5. Masak sehingga naik minyak.
6. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment