KEK PISANG
▼
Sunday, June 14, 2015
TUMIS TAUGE
TUMIS TAUGEH
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
500 gm taugeh
1 tangkai cili merah (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan udang kering (dicuci bersih & direndam seketika)
1 ikat daun kucai (dipotong 1 inci)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Taugeh dibuang ekornya (jika perlu), dibasuh bersih kemudian ditoskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga wangi.
3. Masukkan taugeh, cili, sedikit sos tiram dan garam. Kemudian kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan daun kucai. Apabila sudah agak layu, tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment